Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 1 Dec 2015

moshedfx-forex-malaysia-audusd-002

Aussie Dollar melonjak lebih 75 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar 0.7250 sebelum menutup sekitar paras 0.7225; setelah data laporan pendapatan syarikat Australia dilaporkan melebihi jangkaan. Syarikat-syarikat Australia melaporkan peningkatan pendapatan sebanyak 1.3% berbanding kejatuhan 0.5% pada sebelum ini.  Para penganalisis menjangkakan kenaikan sebanyak 1.1% sahaja.

Di pasaran Australia, para trader mula menumpukan perhatian kepada mesyuarat RBA hari ini yang akan mengumumkan kadar yang dijangka kekal pada 2%. RBA secara meluas dijangka mengekalkan kadar tunai selepas Gabenor RBA Glenn Stevens pada minggu lalu, memberi isyarat yang jelas bahawa beliau bersedia untuk menunggu mesyuarat pertama pada 2016 sebelum mempertimbangkan satu lagi penurunan kadar.

telegram-moshed

Di pasaran Amerika Syarikat, komen dari Pengerusi Feds Janet Yellen harus diberi perhatian pada minggu ini, termasuk ucapan kepada Kelab Ekonomi Washington esok dan testimoni kepada Jawatankuasa Bersama Ekonomi Dewan Negara AS pada Khamis.  Dollar Australia mungkin jatuh lagi minggu ini, kerana trader melihat mesyuarat lembaga RBA sebagai tidak penting, selepas Gabenor Glenn Stevens memberitahu pasaran untuk “berehat” dalam ucapannya baru-baru.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register