banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 1 Feb 2016

moshedfx-forex-malaysia-audusd-001

Aussie Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, naik turun dari dari paras tertinggi harian sekitar $0.7140 ke serendah $0.7055, sebelum menutup sekitar paras $0.7080; setelah pasaran digegarkan dengan keputusan BoJ yang bersedia untuk menggunakan dasar kadar negatif, bagi mempertahankan pertumbuhan ekonominya.  Keadaan yang akan memaksa pengurus dana keluar dari pasaran matawang Jepun ini, meyaksikan matawang yang memberikan pulangan kadar yang tinggi seperti Aussie, Kiwi, Real Brazil serta matawang komoditi lain mendapat permintaan.

Dalam pada itu, Dollar AS dilihat semakin lemah berbanding Aussie selepas laporan mesyuarat FOMC Federal Reserve AS yang merujuk kepada ekonomi yang lembab pada akhir tahun lepas dan ia menurunkan penilaiannya terhadap pelaburan modal. Implikasi terhadap dasar menawarkan maklumat baru yang sedikit, tetapi ianya memberi isyarat bahawa Feds terpaksa menahan kenaikan kadar buat masa ini. Juga dilaporkan Jumaat lalu, jualan rumah AS kekal stabil pada bulan Disember.

telegram-moshed

Esok bakal merupakan hari yang penting untuk Aussie apabila RBA bakal mengumumkan keputusan kadar yang dijangka bakal dikekalkan. Kenaikan nilai Aussie kebelakangan ini, walaupun ditengah-tengah kegawatan pasaran komoditi, dianggap sentimen pasaran yang membida nilai Aussie atas sebab Gabenor Stevens yang mengatakan dasar pelonggaran lanjut adalah tidak perlu dan keadaan akan dinilai semula.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register