Share This Post

Archive-Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 1 Jun 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 1 Jun 2016

Aussie Dollar melonjak lebih 85 pips Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7265 sebelum menutup sekitar paras $0.7230; setelah laporan ekonomi Australia keluar memberansangkan dan pasaran mula mengambiil untung jualan bagi menutup buku dagangan bulan Mei.  Kadar tukaran AUD/USD telah jatuh lebih 560 pips sejak awal bulan Mei.

Di pasaran Australia, Biro Statistik Australia melaporkan bahawa kelulusan pembinaan bangunan untuk bulan April meningkat melebihi jangkaan pasaran, 3.0% berbanding -3.1%, dan lebih baik dari laporan sebelumnya yang di semak turun dari 3.7% kepada 2.9%. Pada masa yang sama, defisit akaun semasa Australia bertambah baik, pada -$20.8 billion berbanding -$22.6 billion pada sebelumnya.

Menurut Biro Statistik Australia lagi, lebihan dagangan barangan dan perkhidmatan meningkat $4.7 billion, yang mengangkat Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) suku pertama 2016 sebanyak 1.1%.  Namun, keuntungan kasar negara jatuh 4.7% pada suku tersebut, menjadikan keuntungan tahunan, selepas perlarasan bermusim, jatuh kepada 8.4%.

Keuntungan sektor perlombongan jatuh dan sektor bukan perlombongan lemah, dengan susut 3.3% untuk tahun ini.  Walau bagaimanapun, gaji dan upah meningkat 0.6% untuk suku pertama 2016, menjadikan peningkatan tahunan sebanyak 3.5% – peningkatan paling kukuh sejak 2012.  Walaupun keuntungan merosot, nilai inventori pernigaan meningkat 0.4%, menyumbang 0.2% – 0.4% kepada GDP negara.

UBS dalam analisisnya mengatakan peningkatan 1.2% dalam jualan juga adalah penyumbang kepada GDP yang positif.  Angka tersebut adalah yang terbaik sejak 2009.  Hari ini Australia akan melaporkan angka GDP suku pertama 2016, yang dijangka pada 0.6% berbanding 0.7% pada suku terakhir 2015.  AS pula bakal melaporkan angka PMI pembuatan yang dijangka susut dari 50.8 mata kepada 50.5 mata.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!