728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 10 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-audusd-019

Aussie Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, dengan pergerakan sekitar 75 pips dari paras tertinggi harian sekitar 0.7245 ke serendah 0.7170 sebelum menutup sekitar paras 0.7230; setelah laporan pinjaman perumahan serta sentimen pengguna Australia dilaporkan semakin lemah.  Namun, penjualan di pasaran komoditi yang semakin perlahan, terkesan dari laporan inflasi China yang lebih baik, membantu sokongan belian untuk Aussie.

Jumlah pinjaman rumah yang didiami oleh pemilik di Australia susut 0.5% selepas pelarasan bermusim pada bulan Oktober, menurut Biro Perangkaan Australia.  Sebelum daripada itu, September lalu angka tersebut meningkat sebanyak 2% dan penganalisis telah menjangkakan kejatuhan sebanyak 1% untuk bulan Oktober. Nilai pinjaman pula menambah 0.4% kepada A$21.153 bilion selepas melonjak 3% pada September lalu.  Dalam pada itu, pinjaman pelaburan susut 6.1% kepada A$11.490 bilion selepas penguncupan 8.2% pada bulan sebelumnya.

telegram-moshed

Di pasaran ekuiti, Indeks S&P/ASX200 Australia merosot 0.6% apabila dua syarikat perlombongan terbesar di dunia berundur. Rio Tinto Group turun 3.5%, berlegar sekitar harga penutup yang terendah sejak Mac 2009. BHP Billiton Ltd. pula susut 0.9%, mencecah paras terendah dalam masa 10 tahun. Rio telah mengurangkan unjuran perbelanjaan modal bagi 2016, dalam usaha untuk mengimbangi antara pulangan kepada pemegang saham dengan pelaburan dalam pelbagai projek.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register