728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 10 Feb 2016

moshedfx-forex-malaysia-audusd-018

Aussie Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Selasa semalam, turun naik dari paras terendah harian sekitar $0.6975 ke setinggi $0.7095, sebelum menutup sekitar paras $0.7070; setelah trader menjual aset berisiko apabila harga minyak jatuh lagi. Pada masa yang sama, keyakinan perniagaan Aussie dilaporkan pada jangkaan, tetapi lebih rendah berbanding bulan lepas. Aussie telah diseret turun oleh kejatuhan harga minyak lebih 3.0% dalam hanya sekelip mata, kini di bawah paras $30 setong.

Terdapat juga spekulasi bahawa Feds akhirnya akan menyertai bank pusat lain dan meluluskan kadar negatif. Pasaran akan memberi tumpuan kepada keterangan Yellen kepada Kongres pada Rabu hingga Khamis, apabila Yellen dijangka memberikan nada yang lebih berhati-hati. Harapan penurunan bekalan yang diselaraskan oleh OPEC dan bukan ahli OPEC terus pudar. Mesyuarat yang diketuai oleh Venezuela itu telah gagal untuk mendapatkan apa-apa keputusan, dengan Arab Saudi menolak dengan keras.

telegram-moshed

telegram-moshed

Terdapat persoalan terhadap keupayaan China untuk mengawal matawang, walaupun kejatuhan rizab FX yang dilaporkan pada hujung minggu lalu, adalah lebih kecil daripada yang dijangkakan. Ketua strategis matawang Commonwealth Bank of Australia, Richard Grace berkata bahawa pasaran ekuiti global yang lemah, khususnya di Asia, telah menolak Aussie ke bawah. “Saya tidak melihat terlalu banyak kenaikan dalam masa terdekat, kami menjangka kejatuhan akan berterusan,” tambah beliau lagi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register