728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 11 Mac 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 11 Mac 2016

Aussie Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Khamis semalam, naik turun dari paras tertinggi harian sekitar $0.7510 ke serendah $0.7425, sebelum menutup sekitar $0.7455; setelah China melaporkan data inflasi yang lebih baik dari jangkaan.  Pada masa yang sama, keputusan Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) untuk mengurangkan kadar sebanyak 25 mata asas, dari 2.5% kepada 2.25% memberikan kesan kepada pasaran kewangan global.

telegram-moshed

Jiran Australia itu, dalam kenyataannya mengatakan bahawa ekonomi global telah semakin lemah sejak Disember lalu, terkesan dari kelemahan ekonomi China dan Eropah.  Ramai penganalisis dan ahli ekonomi menjangkakan RBNZ akan mengekalkan kadar pada mesyuarat bulan ini.  Aussie berjaya mengekalkan kenaikannya, namun pandangan ekonomi yang ‘dovish’ menyebabkan Dollar lebih mendapat sokongan.

Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Australia mahupun AS hari ini.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register