728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 10 Mei 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 10 Mei 2016

Aussie Dollar terus merudum Isnin semalam, lebih 75 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7310 ssbelum menutup sekitar $0.7315; setelah pasaran terus memberikan reaksi kepada spekulasi satu lagi penurunan kadar daripada RBA pada tahun ini.  Laporan ekonomi dari China yang mengecewakan hanya menambah keyakinan pelabur dan trader untuk terus menjual Aussie. Pada masa yang sama, Dollar terus mendapat permintaan terkesan dari laporan NFP yang bercampur-campur.

Angka-angka laporan perdagangan yang keluar dari China adalah jelas mengecewakan. Kedua-dua laporan eksport dan import jatuh lebih daripada yang dijangkakan pada bulan lalu, sambil menekankan permintaan yang lemah; sekaligus memudarkan harapan pemulihan dalam kuasa ekonomi ketiga terbesar dunia itu.

Dollar pada mulanya jatuh pada hari Jumaat selepas data utama NFP bulan April menunjukkan ekonomi AS menambah pekerjaan yang paling sedikit dalam masa tujuh bulan. Tetapi pasaran cepat untuk mengubah kedudukan selepas melihat dengan lebih dekat pada angka yang menunjukkan peningkatan dalam pertumbuhan gaji tahunan yang menggalakkan.

telegram-moshed

Aussie kelihatan sudah banyak dijual selepas RBA mengurangkan ramalan inflasi, menyebabkan pasaran telah memfaktorkan sepenuhnya satu lagi penurunan kadar pada tahun ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register