banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 11 Feb 2016

moshedfx-forex-malaysia-audusd-019

Aussie Dollar melonjak lebih 85 pip Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7125 sebelum susut semula untuk menutup sekitar paras $0.7095; setelah terdapat sedikit reaksi kepada laporan kajian terkini dari Westpac Bank dan Institut Melbourne. Laporan keyakinan pengguna tersebut mendedahkan lonjakan sebanyak 4.2% kepada 101.3 mata. Sebelum daripada itu, terdapat penurunan 3.5% pada bulan Januari untuk bacaan 97.3 mata. Ia juga kini bergerak di atas garis utama 100 yang memisahkan antara optimis dan pesimis.

Di pasaran Amerika Syarikat, Pengerusi Federal Reserve Janet Yellen, dalam keterangannya kepada kongres AS semalam, mengakui bahawa terdapat kelemahan dalam ekonomi global, tetapi menunjukkan bahawa kadar masih boleh meningkat tahun ini, walaupun secara perlahan-lahan. Beliau menambah bahawa ada sebab-sebab yang baik untuk mempercayai yang AS akan terus berada di landasan pertumbuhan yang sederhana, yang akan membolehkan Fed untuk meneruskan pelarasan kepada dasar monetari secara beransur-ansur.

telegram-moshed

telegram-moshed

Jumaat esok bakal merupakan hari penting bagi Aussie, apabila Gabenor RBA Glenn Stevens bakal memberikan kenyataan kepada Parlimen Australia di Sydney, tentang keadaan ekonomi Australia. Dalam kenyataan pada mesyuarat RBA sebelum ini, beliau mengatakan tiada keperluan untuk menurunkan kadar dalam masa terdekat, dan ini telah membantu sokongan belian untuk Aussie. Seandainya, beliau memberikan nada negatif dalam kenyataan kepada Parlimen, besar kemungkinan Aussie akan kembali dijual.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register