banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 11 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-audusd-016

Aussie Dollar yang melonjak lebih 70 pips sepanjang sesi Asia Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7075, kembali merudum lebih 120 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $0.6950 sebelum menutup sekitar paras yang sama; setelah Dollar AS terus mendapat permintaan di tengah-tengah kerisauan global tentang risiko kelembapan ekonomi China dan ketegangan yang berlaku di Timur Tengah.

Di pasaran Australia, jualan runcit dilaporkan memenuhi jangkaan pada bulan November, meningkat 0.4% kepada paras tertinggi sebanyak $24.774 bilion. Peningkatan bulan Oktober yang pada mulanya dilaporkan sebagai 0.5%, juga telah disemak semula lebih tinggi kepada 0.6%. Ia adalah bulan keempat berturut-turut jualan runcit telah meningkat, dan bulan yang ke-17 daripada 18 bulan. Dari setahun yang lalu, jualan meningkat sebanyak 4.34%, berbanding 3.93% yang dilihat pada bulan Oktober.

Sebelum daripada itu, pasaran saham China mengalami kejatuhan besar sebanyak 7% sebelum pihak berkuasa China menggantung urus niaga. Pakar strategi matawang Bank of New Zealand Jason Wong berkata, dagangan telah ditutup awal untuk mengelakkan jualan panik. “Tetapi ia tidak akan mengelakkan hakikat bahawa pasaran saham China adalah antara yang paling mahal, dengan asas-asas makro ekonomi yang semakin teruk, dan pelabur telah dihantui oleh susutnilai Yuan yang berterusan” tambah beliau lagi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register