Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 11 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-audusd-018

Aussie Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ untuk hari kedua Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar 50 pips dari paras tertinggi harian sekitar 0.7065 ke serendah 0.7015, sebelum menutup lebih rendah dari pembukaan; setelah para pedagang mengharapkan rangsangan dari China, apabila data inflasi China dilaporkan meleset dari jangkaan dan Dollar AS meneruskan pendakian.

Di pasaran Australia, indeks keyakinan perniagaan NAB dilaporkan menurun dari 5 pada September kepada 2 pada Oktober lalu.  Walau bagaimanapun, pinjaman perumahan meningkat tinggi dari 1.5% kepada 2% berbanding konsensus penganalisis untuk penurunan sebanyak 0.1%. Kenaikan tersebut dipercayai berpunca dari para pengguna yang berpusu-pusu untuk mendapatkan kadar pinjaman perumahan yang rendah, sebelum bank-bank terbesar Australia menaikkan kadar gadai-janji perumahan baru-baru ini.

Di pasaran global, inflasi China dilaporkan susut pada bulan Oktober, meninggalkan ruang untuk Beijing merangsang ekonominya yang perlahan jika perlu. Harga pengguna meningkat 1.3% berbanding tahun sebelumnya, turun dari 1.6% pada September.  Peningkatan tersebut didorong terutamanya oleh kenaikan 1.9% dalam kos makanan.  Inflasi yang lebih rendah memberi ruang kepada Beijing untuk mengurangkan kadar, atau mengambil langkah-langkah lain untuk merangsang ekonominya yang semakin perlahan; selepas pertumbuhan lemah dalam masa enam tahun sebanyak 6.9% peratus pada suku ketiga lalu.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register