728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 12 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-audusd-017

Aussie Dollar melonjak lebih 105 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7035 sebelum susut semula dan menutup sekitar paras $0.6995; setelah pasaran pulih daripada kejutan minggu lalu, dengan penurunan nilai mata wang China dan kejutan pasaran saham global. Walau bagaimanapun, Aussie masih jatuh sebanyak 4.32%, sekaligus menjadikannya mata wang G10 yang paling teruk setakat ini dalam tahun 2016.

Dalam sesi Asia semalam, faktor-faktor yang telah memandu Australia pada minggu lalu, kelihatan bersedia untuk meneruskan dominasi mereka – Pergerakan yuan China dan pasaran saham global. Seperti Yuan, pasaran saham China telah mengalami permulaan dagangan yang tidak menentu, memadamkan semua 2% kenaikan yang dicapai pada hari Jumaat lalu. Penanda aras Indeks Komposit Shanghai semalam didagangkan pada 3,123.34 mata, turun sekitar 1.98%.

telegram-moshed

telegram-moshed

China yang merupakan rakan dagang terbesar Australia, banyak mempengaruhi nilai Aussie yang telah sekian lama bergantung kepada eksport komoditi seperti bijih besi, tembaga dan emas yang diperlukan dalam pembangunan ekonomi China. Menurut penganalisis, dengan ekonomi China yang semakin perlahan, dan import untuk bahan asas yang berkurangan, sektor perlombongan Australia mengalami kejatuhan yang perlu diimbangi oleh sektor lain seperti perkhidmatan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register