728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 12 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-audusd-019

Aussie Dollar melonjak naik lebih 55 pips Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar 0.7080 sebelum menutup sekitar paras 0.7060; setelah Westpac Banking Corporation melaporkan sentimen pengguna Australia meningkat 3.9% pada bulan ini selepas peningkatan 4.2% pada bulan lepas.

Di pasaran global, China yang merupakan rakan dagang terbesar Australia melaporkan semalam, bahawa pengeluaran industrinya pada Oktober sedikit merosot dari September, turun dari 5.7% kepada 5.6%, berbanding jangkaan kenaikan sebanyak 5.8%.  Pada masa yang sama, pelaburan aset tetap untuk Oktober dilaporkan turun seperti jangkaan, 10.2% berbanding 10.3% pada September.

telegram-moshed

telegram-moshed

Di pasaran Amerika Syarikat, Dollar AS telah naik sekurang-kurangnya 1% berbanding semua matawang G10 pada bulan ini.  Kemungkinan pembuat dasar AS meningkatkan kadar pada Disember ini telah naik kepada 66%, berbanding 50% pada akhir Oktober lalu; terkesan dari kenaikan terbesar dalam pekerjaan sektor bukan perladangan pada tahun ini.

Hari ini Australia bakal melaporkan data pekerjaan yang dijangka meningkat dari kehilangan 5,100 pekerjaan kepada pertambahan 14,800 pekerjaan, disamping kadar pengangguran yang dijangka stabil pada 6.2%.  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan tuntutan bantuan pengangguran yang dijangka menurun dari 276 ribu kepada 270 ribu pemohon.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register