728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 13 April 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 13 April 2016

Aussie Dollar terus memacu naik untuk hari ketiga Selasa semalam, lebih 100 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7690 sebelum menutup sekitar paras $0.7682; setelah harga komoditi kembali pulih dan petunjuk Keyakinan Perniagaan NAB dari Australia mencatatkan peningkatan yang lebih baik daripada bulan sebelumnya.

Di pasaran Australia, keyakinan perniagaan meningkat dari 3 kepada 6 mata pada bulan Mac, manakala keadaan perniagaan melonjak dari 8 kepada 12 mata, yang tertinggi sejak awal tahun 2008, sekaligus mencerminkan keadaan perniagaan yang melebihi purata dalam kebanyakan industri, menurut Bancian Perniagaan bulanan dari National Australia Bank.

Lebih awal daripada data rasmi dari Biro Perangkaan Australia minggu ini, indeks pekerjaan dalam Kajian Perniagaan NAB meningkat dari 1 kepada 5 mata pada bulan lalu – yang tertinggi dalam masa lima tahun. Kemampuan perumahan meningkat 2.7% dalam suku Mac, didorong oleh kelembapan marginal harga kediaman median, pertumbuhan upah dan kadar pinjaman yang stabil.

telegram-moshed

telegram-moshed

Ukuran tersebut, yang disusun oleh Persatuan Industri Perumahan, menilai harga rumah, kadar gadai janji yang berubah-ubah dan pertumbuhan upah untuk menentukan berapa banyak pengguna membayar balik gadai janji dari pendapatan mereka. Para pelabur masih bimbang dengan pertumbuhan global yang terus perlahan, walaupun bank-bank pusat meningkatkan usaha untuk menyokong ekonomi global.

Penganalisis yang ditinjau oleh Bloomberg, meramalkan keuntungan bagi syarikat yang tersenarai di S&P 500 akan menguncup 10%, berbanding dengan ramalan pendapatan stabil pada permulaan tahun ini. Tanpa data utama yang keluar dari Amerika Syarikat, para pelabur masih mencerna kenyataan dari pusat pembuat dasar Feds AS baru-baru ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register