AUDUSD Analisa Fundamental Harian 13 Oct 2015

0 3

moshedfx-forex-malaysia-audusd-001

Aussie Dollar meneruskan pacuan hari ke sembilan berturut-turut, lebih 75 pips Isnin semalam untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar 0.7380 sebelum menutup sekitar paras 0.7360; dengan sedikit data pada kalendar ekonomi dan beberapa negara yang bercuti semalam. Jepun menyambut “Hari Sukan Negara” manakala Amerika Syarikat pula menyaksikan “Hari Columbus”. Bursa Saham New York dibuka tetapi kebanyakan pedagang keluar dari pejabat mereka dan pejabat-pejabat kerajaan pula ditutup.

Aussie hanyut antara kenaikan dan kejatuhan di antara julat 0.6950 hingga 0.7350; perlahan-lahan mendaki kembali ke julat yang dikehendaki RBA. Dolar Australia melonjak kepada paras tertinggi dalam masa tujuh minggu, apabila harga komoditi meningkat dan dolar AS lemah, ekoran pudarnya spekulasi kenaikan kadar AS buat kali pertama dalam sedekad selepas minit mesyuarat FOMC dan data NFP yang begitu mengecewakan.

NAB “business confidence” Australia pagi tadi, dilaporkan pada 5 berbanding 1 pada sebelum ini.  Keadaan yang menunjukkan keyakinan perniagaan terhadap masa depan ekonomi Australia ini, adalah didorong oleh kenaikan harga komoditi baru-baru ini. Tiada sebarang data berimpak tinggi dari AS hari ini.

 

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa