Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 14 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-audusd-014

Aussie Dollar merudum lebih 90 pips sepanjang tiga sesi dagangan Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7185 sebelum menutup sekitar paras $0.7190; setelah kejatuhan harga di pasaran komoditi terus memberati matawang negara pengeksport komoditi seperti Aussie, Kiwi dan Loonie.  Pada masa yang sama, laporan dari Bank of America Merrill Lynch bahawa ekonomi China, yang merupakan rakan dagang terbesar Australia akan semakin perlahan, membantutkan permintaan terhadap Aussie.

Selepas 30 tahun pertumbuhan pesat kira-kira 10% setiap tahun dari 1981-2010, pertumbuhan purata di China menurun kepada kira-kira 8% pada tahun 2011-2014. Pertumbuhan ekonomi China dijangka menurun lagi kerana pertumbuhan yang lebih cepat dalam sektor perkhidmatan, tidak mungkin cukup kuat untuk mengimbangi seretan sektor perindustrian dalam tempoh terdekat. “Kami mengunjurkan KDNK (GDP) sebenar akan perlahan kepada 6.9% dan 6.6% pada tahun 2015 dan 2016, masing-masing, daripada 7.3% pada tahun 2014”, menurut BofA Merrill Lynch.

telegram-moshed

Pada masa yang sama, ekonomi China telah menjadi lebih seimbang kerana sektor pengguna yang berdaya tahan dan sektor perkhidmatan yang berkembang pesat. Peralihan ke arah ekonomi yang dipacu oleh penggunaan domestik dan sektor perkhidmatan, telah membantu mengimbang kelembapan keseluruhan ekonomi di China. Penggunaan juga memainkan peranan yang lebih penting dalam memacu pertumbuhan. Data rasmi menunjukkan pengguna telah menyumbang lebih 1% kepada pertumbuhan KDNK (GDP) daripada pelaburan sehingga suku ketiga 2015.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register