728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 14 Mac 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 14 Mac 2016

Aussie Dollar terus memacu naik lebih 135 pips Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7585 sebelum menutup sekitar paras $0.7565; setelah Aussie terus mendapat permintaan terkesan dari kenaikan harga emas dan bijih besi serta pasaran komoditi yang lebih baik.  Pada masa yang sama, ransangan tambahan dari ECB memberikan sokongan kepada pasaran komoditi.

Di pasaran Australia, indeks ASX 200 meningkat naik lebih 63 mata kepada 5,181 mata sebelum menutup sekitar paras 5,166 mata; setelah pasaran kembali tenang dan harga komoditi utama pulih, apabila Timbalan Gabenor RBA Philip Lowe memberikan komen yang memberansangkan tentang ekonomi Australia dalam Simposium Institut Pembangungan Bandar Australia di Adelaide.

Di pasaran hadapan, ‘open-interest’ untuk Aussie dilihat berkurang dari 132,299 kontrak pada 3 Mac kepada 77,399 kontrak pada 10 Mac lalu, walaupun spekulator dilihat terus menambah kontrak belian mereka.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Australia mahupun AS hari ini.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register