728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 15 April 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 15 April 2016

Aussie Dollar kembali melonjak lebih 115 pips Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7736 sebelum menutup sekitar paras $0.7692; setelah data pekerjaan Australia dilaporkan lebih baik daripada jangkaan. Angka rasmi menganggarkan 26,100 pekerjaan telah ditambah pada bulan Mac dan kadar pengangguran jatuh kepada 5.7%.

Di pasaran Australia, Biro Statistik menunjukkan pertumbuhan pekerjaan adalah sepenuhnya dalam kerja-kerja sambilan, dengan 34,900 pekerjaan tambahan, manakala pekerjaan sepenuh masa menurun sebanyak 8,800, selepas pelarasan bermusim. Peralihan kepada kerja sambilan juga dicerminkan dalam bilangan jam bekerja, yang susut 17.5 juta kepada 1,632 juta jam pada bulan Mac. Pakar ekonomi Deutsche Bank, Adam Boynton berkata kejatuhan jumlah jam bekerja adalah satu kelemahan, dalam data yang sepatutnya lebih kukuh.

Di pasaran AS, BusinessDesk menunjukkan bahawa indeks Dollar, yang mengukur kekuatan Dollar AS berbanding sekumpulan matawang utama, melonjak kepada paras tertinggi dalam seminggu; walaupun selepas jualan runcit Mac turun -0.3% berbanding jangkaan kenaikan 0.1% dan indeks harga pengeluar yang jatuh -0.1% berbanding jangkaan kenaikan 0.3%.  Walaupun data ini tidak memberansangkan, ia tidak menghalang kenaikan Dollar.

telegram-moshed

Hari ini Reserve Bank Australia bakal mengeluarkan laporan kestabilan sistem kewangan Australia yang ditunggu-tunggu pasaran.  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan sentimen pengguna yang dijangka bertambah baik dari 91 mata kepada 91.9 mata.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register