728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 15 Feb 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 15 Feb 2016

Aussie Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Jumaat lalu, turun naik dari paras tertinggi harian sekitar $0.7125 ke serendah $0.7065, sebelum menutup sekitar paras $0.7105; setelah kenyataan Gabenor RBA Glenn Stevens membantu sokongan belian. Walaubagaimanapun, kenaikan adalah terhad selepas laporan pinjaman rumah Australia yang suram.

Dollar Australia menhadapi tekanan jualan ekoran harga komoditi yang bercampur-campur dan pesimisme yang datang selepas keterangan Pengerusi Federal Reserve AS Janet Yellen kepada kongres AS. Spekulasi pasaran adalah bahawa tiada kenaikan kadar AS pada tahun ini, sekaligus melemahkan Dollar. Pasaran seolah kecewa apabila Pengerusi Feds itu tidak menafikan kemungkinan untuk menggunakan kadar negatif sekiranya perlu.

telegram-moshed

Semua penganalisis mengakui ianya adalah sukar untuk mengimbangi, setelah pasaran melihat perkembangan dari BoJ, dan ECB, beberapa minggu yang lalu.  Tahun lepas, SNB memulakan langkah kadar negatif, untuk mengurangkan kemasukan modal kedalam Switzerland yang telah meningkatkan nilai Swiss Francs, dan mengurangkan eksport.

telegram-moshed

Dengan Australia yang menawarkan antara kadar terbaik dikalangan negara maju, pada 2.0%, ianya pasti mendapat permintaan untuk bank-bank pelaburan antarabangsa, disamping negara-negara membangun seperti Brazil, China, Russia dan India.  Hari ini China bakal melaporkan imbangan perdagangan yang dijangka meningkat dari $382 bilion kepada $389 bilion. Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari AS hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register