728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 15 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-audusd-020

Aussie Dollar yang berada dalam dagangan bercampur-campur sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Khamis semalam, memacu naik lebih 85 pips dari paras terendah harian sekitar $0.6910, untuk ke setinggi $0.6995 sebelum menutup sekitar paras $0.6980; setelah Aussie menunjukkan reaksi yang sedikit walaupun laporan pekerjaan yang baik apabila pengangguran jatuh kepada 5.8%. Penganalisis melihat gabungan harga bijih besi dan komoditi yang lebih rendah telah memberati Dollar Australia.

Biro Statistik Australia menganggarkan pekerjaan sepenuh masa meningkat sebanyak 17,600 pada bulan Disember, manakala terdapat 18,500 kehilangan pekerjaan sambilan. Kadar penyertaan juga menurun daripada 65.3% kepada 65.1%, bermakna terdapat kurang orang dalam pasaran buruh, sama ada sedang bekerja atau sedang mencari pekerjaan. Jumlah jam bekerja pada bulan lepas pula meningkat sederhana, dengan hanya 0.3 juta, kepada jumlah terkumpul 1.645 bilion jam.

telegram-moshed

Hari ini Australia bakal melaporkan data kelulusan pinjaman perumahan yang dijangka bertambah baik dari 0.5% dibawah sifar kepada 0.4% dibawah sifar.  Ini bermakna peratusan permohonan yang gagal, telah berkurang sebanyak 0.1%.  Malamnya pula Amerika Syarikat akan melaporkan data jualan runcit yang berkurang dari 0.2% kepada 0.1% di bawah sifar, dan harga pengeluar yang juga jatuh dari 0.3% kepada 0.2% dibawah sifar.  Sentimen pengguna AS pula dijangka bertambah baik dari 92.6 mata kepada 92.7 mata.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register