banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 15 Mac 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 15 Mac 2016

Aussie Dollar yang melonjak lebih 50 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $07595 pada sesi Asia Isnin semalam, kembali susut lebih 105 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7490 sebelum menutup sekitar paras $0.7515; setelah pasaran dipenuhi aktiviti pengambilan untung belian dari kenaikan sejak awal bulan ini.

Di pasaran Australia, walaupun momentum untuk Aussie telah sepenuhnya ke atas dalam beberapa minggu kebelakangan ini, Elias Haddad, ahli strategi matawang di CBA, meragui bahawa Aussie boleh memacu naik “lebih jauh pada minggu ini”. “Data ekonomi China yang suram dikeluarkan pada hujung minggu, menambah kepada kebimbangan pertumbuhan global. Selain itu, minit mesyuarat RBA mungkin akan mengulangi pelonggaran bersyarat.” tambah beliau lagi.

telegram-moshed

Didorong oleh kekuatan baru dalam Yuan China, pemulihan pasaran saham dan kenaikan harga komoditi, Dollar Australia terus memacu sepanjang minggu lepas, ditutup pada paras tertinggi sejak 2 Julai tahun lepas. Hari ini RBA akan menyiarkan minit mesyuarat baru-baru ini, yang dijangka boleh menawarkan maklumat lanjut tentang keadaan ekonomi Australia.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register