728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 16 Feb 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 16 Feb 2016

Aussie Dollar terus memacu naik lebih 75 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7170 sebelum susut semula untuk menutup lebih rendah sekitar paras $0.7135; setelah eksport China dilaporkan memberangsangkan dan import pula seolah memberikan isyarat rangsangan tambahan daripada People Bank of China (PBOC).

Pada masa yang sama, ANZ Bank melihat data perdagangan China sambil berkata: “Lebihan dagangan pada tahap rekod menunjukkan bahawa China terus mempunyai lebihan akaun semasa yang besar, dan ini akan membantu mengimbangi aliran keluar modal serta mengurangkan tekanan susut nilai Renminbi.”

Dalam pada itu, Oxford Economics memberi amaran bahawa masalah China boleh terus menolak Australia ke dalam kemelesetan pada tahun ini dan memaksa kadar kepada hampir sifar, jika ekonominya terus merudum. “Sekiranya berlaku kegawatan di China, model ekonomi kami mencadangkan bahawa ekonomi Australia jatuh sementara ke dalam kemelesetan pada 2016,” menurut ahli ekonomi Asia, Sian Fenner.

telegram-moshed

telegram-moshed

“Walaupun pemulihan secara beransur-ansur dijangka bermula tahun depan, ekonomi Australia masih lebih rendah daripada A$64 bilion yang sepatutnya, dalam jangka masa sederhana – bersamaan hampir separuh daripada sektor pembinaan jumlah Australia.”, tambah beliau lagi. Ekonomi Australia yang didorong komoditi akan menyaksikan kejatuhan dalam jumlah eksport dan harga.

Ekonomi Australia dilihat mempunyai dua faktor yang melindunginya daripada kemelesetan yang berpanjangan; iaitu kelemahan Dollar Australia, yang boleh jatuh kira-kira 10 sen lebih rendah berbanding Dollar AS, manakala Reserve Bank of Australia juga boleh mengurangkan kadar sebanyak 1.75% kepada paras terendah iaitu 0.25% pada suku ketiga tahun ini, walaupun ianya agak drastik.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register