728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 16 Mei 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 16 Mei 2016

Aussie Dollar terus susut Jumaat lalu, lebih 75 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7254 sebelum menutup sekitar paras $0.7273; setelah pasaran terus memberikan reaksi kepada penurunan kadar RBA dan Dollar AS terus mendapat permintaan terkesan dari komen terbaru dari beberapa Presiden cawangan Feds yang mahukan kenaikan kadar yang berkala, selari dengan pemulihan ekonomi terbesar dunia itu.  Pada masa yang sama, kejatuhan harga komoditi seperti bijih besi yang merupakan antara eksport utama Australia, tidak memberikan sebab untuk pelabur terus membeli Aussie.

Berbeza dengan sesi sebelum ini, di mana Aussie mencerminkan pergerakan harga minyak mentah, kali ini kejatuhan datang walaupun pasaran niaga hadapan minyak mentah gred Crude ditutup pada paras tertinggi yang dilihat sejak awal November lalu.  Elias Haddad, ahli strategi matawang di CBA, meletakkan penurunan Aussie ini kesan dari kenyataan agresif dua ahli mengundi FOMC Federal Reserve AS, yang menunjukkan kemungkinan peningkatan kenaikan kadar AS mungkin lebih hampir daripada apa yang dijangkakan pasaran.

Dollar AS meningkat nilai berbanding kebanyakan matawang utama, selepas beberapa pegawai Federal Reserve cawangan membuat kenyataan agresif mengenai kenaikan kadar. Presiden Feds Boston, Eric Rosengren berkata bahawa laporan data ekonomi terkini mencadangkan kenaikan kadar secara beransur-ansur. “Jika data ekonomi yang diterima terus konsisten dengan peningkatan dalam pasaran buruh dan inflasi yang semakin hampir kepada sasaran; Feds perlu bersedia untuk menormalkan kadar secara beransur-ansur.” tambah beliau lagi.

Kenyataan Encik Rosengren ini juga telah disokong oleh rakan sejawatannya dari Feds cawangan Kansas City, Encik Esther George, yang menggesa Bank Pusat AS untuk meningkatkan kadar bagi mengelakkan kemungkinan gelembung aset dan harga.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Australia mahupun Amerika Syarikat hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register