728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 17 Feb 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 17 Feb 2016

Aussie Dollar yang melonjak lebih 50 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7180, kembali merudum lebih 95 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7080, sebelum menutup sekitar paras $0.7110; setelah Gabenor Glen Stevens mengulas mengenai situasi ekonomi semasa, dan mengulangi pendirian RBA kepada Dewan Rakyat Jawatankuasa Tetap Ekonomi Australia.

Bank Pusat Australia itu mempunyai kecenderungan kecil ke arah pengurangan kadar, disebabkan oleh jangkaan inflasi rendah yang berterusan, dan pertumbuhan upah yang mencerminkan kos buruh yang tidak banyak berubah dalam tempoh empat tahun.

telegram-moshed

Walau bagaimanapun, beliau juga menegaskan tentang “pengembangan sederhana” dalam ekonomi, walaupun dalam menghadapi cabaran yang besar, termasuk penguncupan besar pada pelaburan modal dalam sektor perlombongan, pengurangan perbelanjaan awam dan pendapatan negara yang terkesan dari penurunan terma perdagangan.

telegram-moshed

Ahli ekonomi Moody Analytics Australia, Emily Dabbs berkata minit mesyuarat lembaga RBA menunjukkan ia mempunyai pandangan yang positif terhadap ekonomi domestik, sekaligus menolak Aussie ke paras yang lebih tinggi dalam dagangan pagi semalam, sebelum ianya merudum semula selepas pasaran memberikan reaksi kepada komen Gabenor RBA.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register