728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 17 Mei 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 17 Mei 2016

Aussie Dollar melonjak lebih 60 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7308 sebelum susut semula untuk menutup lebih rendah, sekitar paras $0.7285; setelah pasaran dipenuhi kegiatan mengambil untung jualan, hasil kejatuhan lebih 580 pips sejak penghujung bulan April lalu.  Pada masa yang sama, pelabur menggunakan kejatuhan harga tersebut untuk membeli Dollar Australia dengan nilai yang lebih rendah.

Menurut Majalah Business Insider, setelah ditutup pada paras terendah sejak 1 Mac pada minggu lepas, terkesan dari jualan runcit dan sentimen keyakinan pengguna AS yang dilaporkan kukuh pada Jumaat, Dollar Australia terus berehat di awal perdagangan Asia semalam, terjejas oleh laporan ekonomi China yang lemah pada hujung minggu. Walaupun tiada laporan ekonomi berimpak tinggi yang dijadualkan semalam, masih terdapat beberapa laporan domestik penting pada minggu ini yang boleh mempengaruhi nilai Aussie.

Laporan indeks upah Australia boleh menjadi perhatian utama selepas penilaian RBA mengenai prospek inflasi. Pertumbuhan upah dijangka mencapai 0.5% untuk suku pertama 2016; sekaligus mengangkat pertumbuhan gaji tahunan sebanyak 2.2% (sejajar dengan jangkaan pasaran). Angka yang lemah boleh melihat jangkaan pasaran bagi penurunan kadar pada Jun ini, akan terus meningkat dan melemahkan lagi Aussie.

telegram-moshed

Laporan buruh Australia, yang merupakan penunjuk utama sektor pekerjaan, melaporkan pertumbuhan pekerjaan yang baik pada bulan April. Ahli ekonomi CBA menjangkakan pertambahan sebanyak 20 ribu jawatan kepada sektor pekerjaan pada bulan April dan 0.1% kenaikan dalam kadar pengangguran kepada 5.8% yang disebabkan oleh kadar penyertaan pekerja yang meningkat. Satu laporan pekerjaan Australia yang baik boleh menyediakan AUD dengan sedikit sokongan belian pada lewat minggu ini.

Menurut laporan terbaru Komitmen Trader yang dikeluarkan oleh CFTC Amerika Syarikat pada hari Jumaat, pelabur memegang kontrak belian bersih Dollar Australia berjumlah 37,800 kontrak pada 10 Mei lalu, turun sebanyak 12,400 kontrak dalam laporan sebelum ini.  Penurunan ini dilihat sebagai kesan pengambilan untung belian, hasil kenaikan lebih 1,000 pips sejak empat bulan yang lalu.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register