Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 17 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-audusd-014

Aussie Dollar jatuh lebih 50 pips Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar 0.7080 sebelum menutup sekitar paras 0.7095; setelah indeks Dollar AS meningkat lebih 55 mata apabila trader berpindah ke aset ‘safe-haven’ ekoran serangan pengganas di Paris.  Pasaran niaga hadapan saham AS jatuh pada hari Ahad, apabila harga dibuka lebih rendah semalam bagi saham mewah; berikutan serangan pengganas yang mengakibatkan lebih 100 orang mati itu.

Berikutan daripada serangan pengganas di Paris yang berlaku lewat petang Jumaat, Dollar Australia, seperti aset berisiko yang lain, berada di bawah tekanan yang sederhana dalam dagangan awal Asia.  Sebaik sahaja Perancis memulakan kempen pengeboman baru di Syria sebagai serangan balas terhadap ISIS, pasaran terus lemah apabila pelabur mula mengira implikasi geopolitik.

telegram-moshed

Indeks Australia ASX 200 juga mengalami kerugian, jatuh sebanyak lebih 1% dalam dagangan awal, sekaligus menunjukkan bahawa pasaran utama Asia juga mungkin jatuh di tengah-tengah serangan keganasan. Penganalisis berkata, pelabur dijangka menarik balik pelaburan daripada aset yang sensitif kepada risiko; sesuatu yang biasa dalam persekitaran ketegangan geopolitik yang tinggi.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register