728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 18 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-audusd-010

Aussie Dollar merudum lebih 150 pips Khamis semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7095 sebelum menutup sekitar paras $0.7130; setelah Dollar AS terus mendapat permintaan apabila pasaran terus memberikan reaksi kepada kenaikan kadar Federal Reserve AS yang pertama kali sejak krisis kewangan 2008.  Pada masa yang sama, ketiadaan sebarang data ekonomi dari Australia tidak membantu sebarang sokongan belian untuk Aussie.

Australia yang banyak bergantung kepada eksport komoditi dan sektor perlombongan sejak berdekad lamanya, kini terjejas teruk dengan ekonomi global yang semakin perlahan, terutamanya dari China yang merupakan rakan dagangan terbesar negara itu.  Tindakan China yang menyusutkan nilai Yuan baru-baru ini, dalam usaha untuk memulihkan ekonominya, sedikit sebanyak memberikan kesan negatif kepada eksport Australia kerana kenaikan harga.

telegram-moshed

telegram-moshed

Pada masa yang sama, keputusan Federal Reserve AS untuk menaikkan kadar buat kali pertama sejak hampir 10 tahun, juga menyebabkan lebih permintaan untuk Dollar; sekaligus mengheret kadar tukaran AUD/USD ke paras yang lebih rendah.  Walau bagaimananpun, data komitmen trader dari CFTC yang dilaporkan Jumaat lalu menunjukkan kontrak jualan hadapan Aussia mula berkurangan sebanyak 13,100 kontrak.  Dengan kata lain, trader, pengurus dana dan pelabur mula mengambil untung jualan mereka dengan membeli kontrak belian bagi menutup kontrak jualan tersebut.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register