Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 18 Feb 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 18 Feb 2016

Aussie Dollar melonjak lebih 100 pips Rabu semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar paras $0.7185 sebelum menutup sekitar paras $0.7180; setelah laporan minit mesyuarat FOMC Amerika Syarikat memberikan isyarat yang lemah tentang pandangan masa depan kuasa ekonomi terbesar dunia itu, walaupun minit menunjukkan Feds masih teguh dalam rancangan menaikkan kadar sepanjang tahun ini.

Di pasaran Australia, walaupun harga komoditi tidak menentu sejak kebelakangan ini, ketiadaan rancangan RBA untuk menurunkan kadar dalam masa terdekat, menyebabkan Aussie mendapat permintaan yang baik.  Apa yang menjadi kerisauan pasaran, yang mungkin mempengaruhi nilai Aussie, adalah pertumbuhan ekonomi China yang semakin perlahan.  Sebarang laporan negatif dari rakan dagang terbesar Australia itu, boleh meyebabkan Aussie kehilangan permintaan.

Hari ini Australia bakal melaporkan data pasaran pekerjaan bulan Januari yang dijangka lebih baik, dengan pertambahan pekerjaan sebanyak 12,900 berbanding kehilangan pekerjaan sebanyak 1,000 pada Disember lalu.  Kadar pengangguran pula dijangka stabil pada 5.8%.  Malamnya pula, AS bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka meningkat dari 269 ribu kepada 275 ribu dan indeks perkilangan Feds kawasan Philadelphia yang dijangka bertambah baik dari -3.5 mata kepada -2.9 mata.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register