Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 18 Mac 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 18 Mac 2016

Aussie Dollar terus memacu naik Khamis semalam, lebih 115 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7655 sebelum menutup sekitar paras $0.7645; setelah Aussie terus dibeli dalam reaksi pasaran kepada kepututusan FOMC untuk mengurangkan jumlah kenaikan kadar serta mengekalkan kadar. Keputusan yang melemahkan Dollar itu menghantar matawang utama lain ke paras yang lebih tinggi.

Di pasaran Australia, indeks ASX200 melonjak naik lebih 70 mata untuk ke paras tertinggi harian sekitar 5,193 mata, setelah Biro Statistik Australia melaporkan kadar pengangguran yang menurun dari 6% kepada 5.8%, sekaligus membayangkan ekonomi Australia yang masih berdaya tahan ditengah-tengah kegawatan pasaran global.  Walaupun Gabenor RBA Glenn Stevens baru-baru ini membayangkan kadar tukaran AUD/USD yang lebih rendah, ianya tidak dipedulikan pasaran.

telegram-moshed

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan sentimen pengguna yang dijangka meningkat dari 91.7 mata kepada 92.1 mata.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Australia hari ini.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register