728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 19 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-audusd-013

Aussie Dollar melonjak lebih 90 pips Isnin semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.6925 sebelum susut semula untuk menutup sekitar paras $0.6865; setelah pasaran pulih daripada kejatuhan pada Jumaat lalu. Fokus utama pasaran ketika ini adalah data GDP China dan juga harga minyak kerana Iran secara rasmi akan kembali ke pasaran. Campur tangan oleh PBoC telah membantu menyokong matawang komoditi.

PBoC telah berada di bawah tekanan yang semakin meningkat daripada penasihat dasarnya untuk membiarkan Yuan susut nilai dengan cepat dan mendadak, selepas menghabiskan berbilion-bilion Dollar untuk membeli Yuan sejak beberapa bulan kebelakangan demi mempertahankan kadar pertukaran USD/CNY. Kekeliruan terhadap dasar pertukaran asing China dan komitmen untuk pembaharuan telah melanda pasaran kewangan global dalam beberapa minggu ini, kerana Bank Pusat China membenarkan Yuan jatuh dan kemudian bergerak agresif untuk cuba untuk menstabilkannya.

telegram-moshed

telegram-moshed

Pengawal selia pertukaran asing China telah mengarahkan bank-bank di beberapa pusat import dan eksport utama negara itu untuk menghadkan pembelian Dollar AS pada bulan ini. China juga menggantung perniagaan forex untuk beberapa bank asing, termasuk Deutsche Bank, DBS dan Standard Chartered pada akhir tahun lepas. Kekuatan baru dalam Yuan diperolehi selepas berita yang PBoC akan mula meletakkan nisbah keperluan rizab kepada beberapa bank yang terlibat dalam pasaran Yuan di luar pesisir dari 25 Januari tahun ini.

Menurut PBoC itu, keputusan itu hanya akan memberi kesan kepada kecairan Yuan di pasaran luar pesisir, dan tidak dalam pasaran domestik. Dengan memaksa beberapa bank untuk mengadakan tahap minimum rizab untuk Yuan, ia akan meningkatkan kos untuk meminjam Yuan di luar pesisir dalam jangka masa pendek, sekaligus menjadikannya lebih mahal untuk mereka yang ingin membuat spekulasi terhadap kelemahan Yuan selanjutnya.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register