728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 19 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-audusd-011

Aussie Dollar yang jatuh lebih 45 pips sepanjang sesi Eropah dan pagi New York Rabu semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 0.7070, kembali memacu naik melebihi pembukaan sebelum menutup sekitar paras 0.7110; setelah para penganalisis tertanya-tanya jika mata wang itu akan pecah di bawah paras 0.7000 ekoran kekuatan berterusan Dollar AS. Sebarang kenaikan kadar AS pada bulan depan mungkin akan mencetuskan kegelisahan di pasaran kewangan, walaupun ia telah dijangka untuk beberapa waktu, menurut RBA.  “Bagi sesiapa yang tidak bersedia untuk itu, benar-benar tidak mempunyai alasan,” kata Penolong Gabenor RBA Guy Debelle.

Spekulator membuat taruhan bahawa terdapat lebih daripada 60% kemungkinan bahawa Federal Reserve AS akan menaikkan kadar pada mesyuarat FOMC 15-16 Disember ini, yang akan menjadi kenaikan pertama dalam hampir satu dekad. Walau bagaimanapun, Debelle mengatakan ia tidak dapat dielakkan bahawa terdapat beberapa peserta pasaran kewangan yang akan menafikannya dan tidak bersedia.

Salah satu sebab utama mengapa Dollar Australia telah jatuh $0.20 sejak September 2014, adalah jangkaan bahawa Federal Reserve AS akan menaikkan kadar pada tahun ini. Sebab yang lain adalah kejatuhan harga komoditi.  Apabila Feds AS mengekalkan kadar pada mesyuarat FOMC September lalu, ia mencetuskan 1.75% kejatuhan di pasaran saham AS, dan menolak Dollar Australia ke paras empat bulan tertinggi sekitar $0.73.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register