banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 19 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-audusd-005

Aussie Dollar jatuh lebih 85 pips Jumaat lalu, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 0.7250 sebelum menutup sekitar paras 0.7265; setelah laporan Kestabilan Kewangan Australia dikeluarkan bersama komen dari Gabenor Glenn Stevens bahawa piawaian pinjaman telah diperketatkan dan pertumbuhan pinjaman kepada pelabur semakin perlahan.

Sebelum daripada itu, Euro dan Dolar AS menolak Aussie ke paras lebih tinggi selepas spekulasi bahawa Bank Pusat Eropah bakal meningkatkan program pelonggaran kuantitatif. Pada masa yang sama, angka rasmi AS menunjukkan bahawa harga pengguna (CPI) turun bagi bulan kedua berturut-turut pada bulan September lalu. Walau bagaimanapun, CPI teras yang tidak termasuk makanan dan tenaga, meningkat 0.2%, meningkat daripada angka dua bulan sebelumnya.

telegram-moshed

Dolar Australia telah turun di bawah paras psikologi 0.7300 apabila para pedagang mula membuat spekulasi bahawa Reserve Bank of Australia mungkin mengurangkan lagi kadar pinjaman.  “Saya rasa demam penurunan kadar bakal datang,” kata pedagang kanan Asia Pasifik, Oanda Australia Stephen Innes.  “Kedua-dua laporan pekerjaan dan prospek penurunan kadar pada November ini mengemukakan halangan besar bagi dolar Australia.”, tambah beliau lagi.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register