728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 2 Dec 2015

moshedfx-forex-malaysia-audusd-003

Aussie Dollar terus memacu naik untuk hari kedua, lebih 110 pips Selasa semalam untuk ke paras tertinggi harian sekitar 0.7335 sebelum menutup sekitar paras 0.7320; setelah Reserve Bank of Australia mengekalkan kadar dan dasar pagi semalam. Sesetengah penganalisis telah berfikir bahawa Gabenor RBA Glenn Stevens akan menurunkan kadar pinjaman akibat tekanan dari China dan kejatuhan harga eksport, namun jangkaan mereka meleset.

Dalam pada itu, akaun semasa negara kangaroo itu juga dilaporkan meningkat lebih daripada yang dijangkakan, tetapi nampaknya tidak menunjukkan sebarang masalah. Dalam pada itu, Biro Perangkaan Australia melaporkan bilangan bangunan yang diluluskan telah meningkat, selepas pelarasan bermusim, sebanyak 3.9% dengan jumlah kediaman sebanyak 19,652 unit. Penganalisis yang ditinjau oleh Bloomberg telah meramalkan kejatuhan sebanyak 2.5%. Ini menunjukkan pertumbuhan yang kukuh dan positif dalam pasaran perumahan Australia.

telegram-moshed

Hari ini Australia bakal melaporkan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) bagi suku ketiga yang dijangka melonjak dari 0.2% kepada 0.7% dan Gabenor RBA Glenn Stevens juga bakal berucap bagi memberikan pandangan masa depan terhadap ekonomi Australia.  Beliau yang mengekalkan kadar pinjaman 2% semalam untuk tujuh bulan berturut-turut, berkemungkinan mengunjurkan penurunan kadar, sekiranya perlu pada tahun depan.  Malam nanti, Amerika Syarikat pula bakal melaporkan data pekerjaan sektor bukan perladangan dari ADP, yang dijangka bertambah dari 182 ribu kepada 191 ribu pekerjaan.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register