728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 2 Mei 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 2 Mei 2016

Aussie Dollar yang memacu naik lebih 45 pips sepanjang sesi Asia Jumaat lalu, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7668, kembali merudum lebih 80 pips pada sepanjang sesi Eropah, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7587, sebelum menutup sekitar paras $0.7585; setelah pasaran terus memberikan reaksi kepada harga pengeluar Australia yang jauh meleset dari jangkaan.

Sebelum daripada itu, pasaran dikejutkan dengan laporan inflasi Australia yang dijangka hanya turun dari 0.4% kepada 0.3%, telah merudum kepada 0.2% di bawah sifar.  Angka yang mengejutkan ramai penganalisis itu telah mendorong spekulasi penurunan kadar dalam mesyuarat RBA esok.  Laporan harga pengeluar Jumaat lalu pula, yang juga hanya dijangka turun dari 0.3% kepada 0.2%, namun telah merudum kepada 0.2% di bawah sifar, terus menghilangkan minat belian untuk Aussie.

Majalah Australian Business Review melaporkan bahawa harga yang diterima oleh syarikat-syarikat Australia untuk barangan dan perkhidmatan mereka telah merosot pada suku Mac, sekaligus meningkatkan lagi prospek penurunan kadar daripada RBA. Angka deflasi dalam laporan harga pengeluar tersebut adalah yang pertama seumpamanya sejak Jun 2014.

telegram-moshed

Di pasaran Amerika Syarikat pula, laporan GDP yang mengecewakan telah mengurangkan spekulasi kenaikan kadar pada Jun ini.  Produktiviti ekonomi AS dilaporkan menurun dari 1.4% kepada 0.5%, berbanding jangkaan penurunan kepada 0.7%, membuatkan Dollar kehilangan sokongan belian.  Angka NFP Jumaat ini dijangka boleh mengembalikan minat pelabur, terutamanya jika ia melebihi jangkaan pasaran.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register