728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 20 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-audusd-012

Aussie Dollar melonjak lebih 115 pips Selasa semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.6955 sebelum susut semula dan menutup sekitar paras $0.6905; setelah data ekonomi China dilaporkan bercampur-campur. Penganalisis di HSBC menegaskan bahawa peralihan China ke arah ekonomi yang dipacu penggunaan, jauh daripada sokongan sektor pembuatan dan pembinaan berat, masih mempunyai beberapa cara untuk maju.

“Peningkatan sektor perkhidmatan kepada lebih separuh daripada KDNK China baru-baru ini, telah membawa sebahagian peserta psaaran untuk meraikan pengimbangan semula output. Walau bagaimanapun, ini lebih disebabkan oleh penurunan kitaran dalam industri, daripada peningkatan struktur dalam produktiviti perkhidmatan,” menurut HSBC. “Selain itu, satu anjakan dari sektor pembuatan akan sebenarnya mengeluarkan satu mekanisme penting dalam produktiviti. China sebenarnya memerlukan peningkatan industri, dan bukan peralihan awal daripada industri kepada perkhidmatan.” tambah HSBC lagi.

telegram-moshed

telegram-moshed

Di tempat lain di rantau Asia, Indeks Nikkei Jepun jatuh 0.1% dan Indeks Komposit Korea Selatan susut 0.2%, manakala di Australia pula Indeks S&P/ASX 200 meningkat 0.7%. Hari ini Australia bakal melaporkan sentimen pengguna, manakala Amerika Syarikat pula bakal melaporkan permit bangunan yang dijangka menurun dari 1.28 juta kepada 1.2 juta dan data inflasi yang dijangka kekal pada sifar.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register