AUDUSD Analisa Fundamental Harian 20 Nov 2015

0 0

moshedfx-forex-malaysia-audusd-010

Aussie Dollar melonjak lebih 110 pips Khamis semalam, untuk ke paras tertinggi harian sekitar 0.7215 sebelum menutup sekitar paras 0.7195; setelah Dolar AS mengambil rehat semalam daripada sentimen minit FOMC yang menyokong kenaikan kadar pada Disember. Minit itu tidak menghairankan pasaran dan trader yang mengharapkan petunjuk untuk berapa banyak kenaikan serta peningkatan masa depan.

Indeks Dollar AS, ukuran kekuatan Dollar AS berbanding sekumpulan 6 mata wang, jatuh daripada paras tertinggi dalam lapan bulan, selepas minit FOMC mengesahkan jangkaan pelabur untuk kadar yang lebih tinggi pada bulan depan.  Dolar AS meningkat kira-kira 6.1% sejak mesyuarat FOMC Oktober ekoran prospek dasar kadar sifar AS akan berakhir, dan beberapa pelabur mengambil peluang untuk mengambil keuntungan belian selepas siaran minit semalam menyokong kenyataan rasmi bulan lepas.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa