banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 21 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-audusd-008

Aussie Dollar yang berada dalam dagangan ‘sideway’ sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah, melonjak lebih 85 pips untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7200 sebelum menutup sekitar paras $0.7165; selepas para pelabur dilihat mula mengambil untung jualan tahunan mereka menjelang cuti Krismas Jumaat ini.  Aussie Dollar telah jatuh lebih 1,370 pips sejak Januari awal tahun ini, apabila pasaran komoditi merudum, terkesan dari pertumbuhan ekonomi global yang semakin perlahan.

Pada masa yang sama, kadar pertumbuhan penunjuk utama di Australia mengecewakan sejak lima bulan lepas apabila kadar pertumbuhan masih terperangkap di bawah trend; sekaligus menunjukkan momentum ekonomi Australia yang dijangka lemah pada separuh pertama 2016.  Kerajaan Australia menyemak turun unjuran pertumbuhan KDNK (GDP) kepada 2.5% pada 2015/16 dan 2.75% pada tahun 2016/17. Reserve Bank of Australia (RBA), sebaliknya, menganggarkan pertumbuhan 2.25% bagi 2015/16 dan 2.5% -3.5% pada tahun 2016/17.

telegram-moshed

telegram-moshed

RBA berpuas hati dengan pertumbuhan pekerjaan yang baik, tetapi bimbang mengenai kesan harga komoditi yang tidak menentu. Kenaikan kadar Federal Reserve AS baru-baru ini dan harga minyak yang lebih lemah akan mengubah senario ekonomi global pada masa akan datang, dan pertumbuhan dan prospek inflasi di Australia diramalkan mengalami perubahan ketara.

“Kami tidak menjangka untuk melihat RBA menaikkan kadar di Australia sehingga separuh kedua tahun 2017, di mana ketika itu kami menjangkakan kadar Feds akan menjadi sekitar 2.0% – selaras dengan kadar semasa RBA. Pelarasan kadar Australia akan lebih perlahan daripada Amerika Syarikat”, menurut Westpac Bank dalam laporannya baru-baru ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register