728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 21 Mac 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 21 Mac 2016

Aussie Dollar susut lebih 80 pips Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7595 sebelum menutup sekitar paras $0.7600; setelah pasaran dipenuhi kegiatan mengambil untung belian hasil kenaikan sejak pertengahan Januari lalu.  Pada masa yang sama, ucapan Gabenor RBA Glenn Stevens esok dilihat sebagai pemangkin yang mendorong penjualan Aussie minggi ini, terutamanya beliau berkata mengenai inflasi dan nilai Aussie yang tinggi.

telegram-moshed

Di pasaran ekuiti Australia, indeks ASX 200 memacu naik lebih 0.25% untuk ke paras tertinggi harian sekitar 5,216 mata sebelum menutup sekitar paras 5,183 mata.  Sentimen pasaran yang positif, dengan harga komoditi yang semakin pulih mendorong pelabur kembali ke pasaran saham Australia. Kontrak belian sebanyak 1.3 bilion saham bertukar tangan adalah paras tertinggi sejak pertengahan Disember lalu.

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan jualan rumah sedia ada yang dijangka menurun dari 5.47 juta unit kepada 5.32 juta unit.  Tiada sebarang laporan ekonomi dari Australia hari ini.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register