banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 21 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-audusd-007

Aussie Dollar yang melonjak lebih 55 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Selasa semalam, untuk mencapai paras tetinggi harian sekitar 0.7295, jatuh semula hampir 50 pips sebelum menutup sekitar paras 0.7260; selepas pengumuman minit mesyuarat RBA pagi semalam. Minit yang mengandungi penilaian positif terhadap pasaran pekerjaan dari lembaga Bank Diraja Australia itu, mengulas bahawa usaha pengawalseliaan untuk mengurangkan aktiviti pelabur dalam pasaran hartanah mula kelihatan berhasil.

Menurut pasaran niaga hadapan, buat masa ini terdapat satu dalam tiga peluang bahawa kadar pinjaman bakal diturunkan pada Hari Piala Melbourne, dan anggaran peluang 60% peratus untuk kadar diturunkan pada akhir tahun ini.  Ia sedikit disokong selepas minit mesyuarat polisi pada 6 Oktober lalu, menunjukkan Reserve Bank of Australia (RBA) melihat tanda-tanda aktiviti ekonomi mengimbangi semula dan keluar dari sektor industri perlombongan yang semakin suram.

telegram-moshed

telegram-moshed

RBA mengekalkan kadar stabil pada paras terendah iaitu 2.0% pada awal bulan ini, tetapi tidak memberikan panduan mengenai prospek penurunan selanjutnya. Namun, pasaran kewangan telah mengecilkan kemungkinan pelonggaran, yang sebahagiannya diimbangi oleh satu kejutan kenaikan 20 mata asas untuk kadar gadai janji oleh Westpac – pemberi pinjaman kedua terbesar di negara kangaroo itu.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register