728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 22 April 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 22 April 2016

Aussie Dollar susut lebih 100 pips sepanjang sesi New York Khamis semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7732, sebelum menutup sekitar paras $0.7736; setelah komoditi dan mata wang komoditi kehilangan permintaan apabila harga minyak jatuh mendadak. Namun begitu, Aussie berjaya mencapai ke paras tertinggi sejak Jun lepas, manakala Dollar New Zealand mencapai sekitar $0.7055, yang juga merupakan paras tertinggi sejak Jun lalu, di sokong oleh kenaikan dalam harga minyak.

Penganalisis berkata, mogok oleh pekerja minyak di Kuwait, yang masuk hari ketiga, telah menurunkan pengeluaran hampir separuh dari ahli OPEC, sekaligus merangsang harga dan mata wang komoditi utama. Kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi di China juga telah berkurangan, manakala kemungkinan rentetan kenaikan kadar Feds AS pada tahun ini telah semakin surut.

Walaupun ramai menganggap Aussie akan terus jatuh apabila ia mencecah serendah 68.27 sen AS pada bulan Januari lalu, ia telah pulih hampir 10 sen AS atau sekitar 14.3%, pada harga 78.03 sen AS semalam. Ia diniagakan setinggi 78.26 sen AS pada awal minggu ini, yang merupakan paras tertinggi dalam masa 10 bulan.

Walaupun pegawai-pegawai dari Reserve Bank of Australia telah agak tenang mengenai isu itu baru-baru ini – dengan Gabenor Glenn Stevens sebahagian besarnya mengabaikan beberapa peluang untuk memberi komen ‘dovish’ – ia masih menyatakan hasrat untuk melemahkannya lagi. Beberapa ahli lembaga RBA telah pun berkata, mereka lebih suka untuk melihatnya di sekitar 65 sen AS (hampir 17% di bawah tahap hari ini) bagi meningkatkan daya saing eksport Australia secara global.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register