728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 22 Feb 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 22 Feb 2016

Aussie Dollar yang merudum lebih 90 pips sepanjang sesi Asia dan pagi Eropah Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7070, kembali memacu naik lebih 80 pips pada sesi New York, untuk menutup lebih tinggi sekitar paras $0.7145; setelah pasaran mengambil peluang kejatuhan untuk membeli Aussie pada nilai yang lebih rendah.

Sebelum daripada itu, di pasaran Australia pegawai RBA John Edwards mengatakan bahawa beliau lebih selesa dengan kadar AUD/USD pada $0.65, untuk memastikan eksport Australia berdaya saing ditengah-tengah pasaran global yang semakin perlahan.  Pada masa yang sama, laporan data pekerjaan Australia juga begitu mengecewakan, dengan 7,900 orang kehilangan pekerjaan dan kadar pengangguran meningkat kepada 6% daripada 5.8%.

telegram-moshed

Hari ini Timbalan Gabenor RBA, Guy Debelle bakal berucap di persidangan KangaNews di Sydney, dan beliau mungkin menyentuh tentang kesan kegawatan pasaran dan kelemahan ekonomi China terhadap masa depan ekonomi Australia.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari AS hari ini.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register