728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 22 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-audusd-010

Aussie Dollar yang susut lebih 80 pips sepanjang sesi Asia Khamis semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.6875, kembali memacu naik lebih 135 pips sepanjang sesi Eropah untuk ke paras tertinggi harian sekitar $0.7015, sebelum menutup sekitar paras $0.6995; setelah harga bijih besi pulih dan program rangsangan baru dari People Bank of China yang membantu menaikkan komoditi dan matawang berasaskan komoditi.

Kadar tukaran yang murah telah kemungkinan besar menjana permintaan untuk Aussie, selepas ia jatuh ke paras terendah dalam tujuh tahun pada awal minggu ini, menurut penganalisis teknikal kanan Oanda Australia dan Asia Pasifik, Stuart McPhee. Di pasaran Australia, Bendahari negara Scott Morrison berkata Dollar Australia yang lemah adalah positif untuk ekonomi negara. “Ia jelas sangat baik untuk industri pelancongan kita … dan sama dengan industri eksport kita, memberi laluan ke dalam perjanjian-perjanjian perdagangan baru yang kita ada,  dan juga menjadikan kita lebih berdaya saing,” kata Morrison memberitahu TV Bloomberg.

telegram-moshed

telegram-moshed

Aussie telah menurun 5.7% pada tahun ini dan jatuh ke sekitar paras $0.6825 pada 15 Januari lalu, yang merupakan kadar tukaran paling lemah sejak Mac 2009. Dengan keyakinan pelabur yang terkejut dengan penurunan nilai Yuan China dan pasaran saham global yang menggelongsor ke paras terendah sejak Julai 2013, Australia dan New Zealand telah mendahului kemerosotan dalam matawang G10.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register