Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 22 Mac 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 22 Mac 2016

Aussie Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Isnin semalam, naik turun dari paras terendah harian sekitar $0.7568 ke setinggi $0.7626, sebelum menutup sekitar paras $0.7577; setelah pasaran kembali tenang selepas keputusan kadar Federal Reserve AS yang mengecewakan pembeli Dollar minggu lepas.  Ketiadaan laporan berimpak tinggi semalam, juga membuatkan pasaran berada dalam dagangan tipis.

Di pasaran komoditi, harga kebanyakan komoditi telah menghampiri puncak, dengan minyak yang jatuh sedikit, selepas para pelabur mula mengambil untung belian.  Harga bijih besi meningkat 90 sen AS untuk didagangkan sekitar $56.30/tan metrik, sebelum jatuh semula untuk menutup sekitar $54.39/tan metrik.  Aussie yang merupakan matawang komoditi, banyak dipengaruhi harga komoditi terutamanya emas dan bijih besi yang merupakan antara eksport terbesar negara tersebut.

Hari ini Australia bakal melaporkan indeks harga perumahan yand dijangka jatuh dari 2% kepada 0.1% dan Gabenor serta Timbalan Gabenor RBA bakal berucap di forum kewangan Sydney.  RBA mungkin memberi komen terhadap masa depan ekonomi Australia dan strategi untuk menghadapi kelemahan ekonomi China.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari AS hari ini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register