AUDUSD Analisa Fundamental Harian 23 Mac 2016

0 3

Aussie Dollar menutup lebih tinggi Selasa semalam, sekitar $0.7620, selepas memacu naik dari paras terendah harian sekitar $0.7550 dalam dagangan bercampur-campur; setelah indeks harga rumah Australia dilaporkan lebih baik daripada jangkaan. Pada masa yang sama, harga komoditi yang kembali menghampiri julat tertinggi, sedikit sebanyak memberi tekanan jualan kepada Aussie.

Di pasaran Australia, indeks harga perumahan dilaporkan pada 0.2%, lebih baik daripada 0.1% jangkaan, walaupun ianya lebih rendah dari 2% pada sebelumnya.  Gabenor RBA Glenn Stevens dalam satu forum di Sydney mengatakan bahawa ekonomi Australia semakin pulih dan sistem kewangannya lebih berdaya tahan.  Sekiranya satu lagi krisis ekonomi global berlaku, Australia telah bersedia menghadapinya.

Penganalisis melihat RBA akan terus mengekalkan kadar sehingga September ini, melainkan keadaan ekonomi China yang merupakan rakan dagang terbesar Australia kembali merudum.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Australia hari ini.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa