728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 23 Oct 2015

moshedfx-forex-malaysia-audusd-009

Aussie Dollar berada dalam dagangan ‘sideway’ Khamis semalam, dengan pergerakan sekitar 60 pips dari paras tertinggi harian sekitar 0.7240 ke serendah 0.7180; selepas pengumuman laporan keyakinan perniagaan MAB Australia. “Kejatuhan dalam kadar tukaran AUD/USD kelihatan telah dicetuskan oleh komen daripada penasihat dasar People Bank of China (PBoC) Bai Chongen. Encik Chongen menyatakan bahawa China “tidak harus menambah ransangan demi untuk mengekalkan pertumbuhan 7% pada masa akan datang” dan bahawa China telah melabur “terlalu banyak” dalam projek infrastruktur.”

Dolar Australia mengakhiri minggu lepas agak lemah di kalangan mata wang G10, kerana kejatuhan harga tembaga dan bijih besi; serta jangkaan pesimis untuk pertumbuhan KDNK (GDP) suku ketiga China. Pertumbuhan tahunan ekonomi China meningkat sebanyak 6.9% dan jualan runcit September meningkat sebanyak 10.9%; sekaligus mengatasi jangkaan penganalisis Reuter.

Walaupun Reserve Bank of Australia (RBA) tetap optimis mengenai prospek bagi ekonomi Australia, Canberra masih mempunyai banyak masalah di tangannya. Pasaran pekerjaan yang lemah dan kejatuhan pendapatan purata, menghalang kenaikan cepat inflasi kepada sasaran RBA sebanyak 2-3%. Keadaan ini meninggalkan peluang, walaupun kecil, untuk kesinambungan penurunan kadar pinjaman, terutamanya jika keadaan tidak berjalan mengikut perancangan RBA.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register