banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 24 Dis 2015

moshedfx-forex-malaysia-audusd-018

Aussie Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Rabu semalam, turun naik lebih 35 pips dari paras tertinggi harian sekitar $0.7245 ke serendah $0.7210; apabila para trader mula meninggalkan pasaran untuk cuti Krismas. Sebelum daripada itu, Aussie memacu naik selama tiga hari berturut-turut selepas disokong oleh lonjakan dalam harga bijih besi dan juga kelemahan Dollar AS. Pada akhir sesi terkini, penanda aras bijih besi bagi penghantaran segera ke pelabuhan Tianjin di China diniagakan sekitar $40.20/tan, meningkat 2% daripada harga penutup sebelum itu sebanyak $39.40/tan.

telegram-moshed

Pemulihan 8% sepanjang minggu lalu telah menyaksikan peningkatan harga komoditi tersebut di atas paras $40/tan untuk kali pertama sejak 5 Disember, walaupun ianya masih kekal jatuh lebih daripada 40% sepanjang tahun ini. Bijih besi yang merupakan antara eksport terbesar Australia, telah menjadi antara nadi utama aktiviti ekonomi Australia yang banyak bergantung kepada sektor perlombongan sejak berdekad lamanya.

 

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register