Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 24 Mac 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 24 Mac 2016

Aussie Dollar merudum lebih 125 pips Rabu semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7519 sebelum menutup sekitar paras $0.7530; setelah ketiadaan laporan ekonomi utama daripada Australia. Pada masa yang sama, kegiatan mengambil untung di pasaran komoditi menyebabkan Aussie dijual dan Dollar kembali dibeli.

Sebelum daripada itu, Aussie disokong oleh ucapan Gabenor Reserve Bank of Australia Glenn Stevens yang mengatakan beliau optimis tentang ekonomi global dan Australia.  Beliau juga mencadangkan yang kenaikan Aussie baru-baru ini adalah lebih awal dari jangkaan.  Di pasaran komoditi, harga bijih besi terus kukuh di atas paras $50/tan metrik, walaupun susut sedikit selepas pelabur mengambil untung menjelang cuti ‘Good Friday’ Jumaat ini.

telegram-moshed

Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan tuntutan pengangguran yang dijangka meningkat dari 265 ribu kepada 267 ribu; dan tempahan barangan tahan lama untuk bulan Februari yang dijangka berkurang dari 4.9% kepada 3% di bawah sifar.  Tiada sebarang laporan berimpak tinggi dari Australia hari ini.

telegram-moshed

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register