banner-mutm-728x90

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 24 Mei 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 24 Mei 2016

Aussie Dollar berada dalam dagangan bercampur-campur Isnin semalam, naik turun dari paras tertinggi harian sekitar $0.7258 ke paras terendah harian sekitar $0.7195, sebelum menutup sekitar paras $0.7220; setelah pasaran ketiadaan laporan ekonomi berimpak tinggi dari Australia dan AS.  Pada masa yang sama, Presiden Feds Boston Eric Rosengren, yang mengundi pada perubahan dasar, memberitahu majalah Financial Times bahawa beliau bersedia untuk menyokong peningkatan kadar.

“Seperti biasa, kadar tukaran AUD/USD akan terus dipengaruhi oleh pergerakan USD serta harga komoditi dan pasaran ekuiti,” kata Elias Haddad, ahli strategi FX kanan di CBA. “Memandangkan ‘spread kredit’ telah bertambah rapat, satu faktor yang biasanya dikaitkan dengan pasaran ekuiti yang semakin meningkat, kami percaya penurunan selanjutnya dalam AUD/USD akan menjadi agak terhad minggu ini.” tambah beliau lagi.

Walaupun hanya sedikit berita pasaran Isnin semalam, Haddad menyatakan bahawa terdapat beberapa peristiwa data domestik utama yang dijadualkan pada lewat minggu ini. “Pada hari Selasa, Gabenor RBA, Glenn Stevens akan membuat beberapa kenyataan dalam taklimat lembaga pengarah ‘Trans-Tasman Business Circle’ di Sydney,” tulis Haddad. “Stevens boleh merujuk kepada persekitaran inflasi dan gaji yang rendah, serta memberi panduan lanjut mengenai betapa banyak ahli-ahli lembaga RBA yang perlu diyakinkan “untuk mengurangkan kadar pada awal bulan lalu.”

telegram-moshed

Di pasaran Amerika Syarikat, Presiden Feds cawangan St Louis, James Bullard, yang turut mengundi untuk kadar pada tahun ini, berucap di Beijing semalam, manakala John Williams dari Feds San Francisco, yang tidak mengundi sehingga 2018, bakal berucap di New York. Presiden Feds Philadelphia, Patrick Harker pula bakal menyampaikan dua ucapan minggu ini, manakala Pengerusi Feds, Janet Yellen akan bercakap di Universiti Harvard pada hari Jumaat.

Ucapan mereka bakal menjadi perhatian pasaran dalam mendapatkan ketelusan dan kesungguhan Feds dalam menaikkan kadar seawal Jun depan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register