728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 24 Nov 2015

moshedfx-forex-malaysia-audusd-008

Aussie Dollar jatuh lebih 70 pips Isnin semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar 0.7160 sebelum menutup sekitar paras 0.7190; setelah Dollar AS terus meningkat dan pertumbuhan di China mencetuskan kebimbangan dalam pasaran. Asia mungkin lebih senyap pada permulaan minggu ini kerana Jepun yang bercuti semalam. Lewat minggu ini, Jepun mempunyai data pekerjaan dan inflasi yang menjadi tumpuan pasaran.

Gabenor Reserve Bank of Australia Glenn Stevens dijadual berucap di majlis makan malam tahunan ahli ekonomi perniagaan Australia hari ini, manakala Penolong Gabenor Guy Debelle pula bakal berucap di London esok di persidangan Minggu FX Eropah. Pada masa yang sama, Australia bakal melaporkan data pembinaan dan perbelanjaan modal pada minggu ini. Pakar strategi mata wang kanan Wespac Sean Callow berkata, Dollar Australia adalah salah satu matawang utama dengan prestasi terbaik minggu lepas. “Ini berlaku walaupun terdapat kelemahan dalam harga bijih besi,” katanya.

telegram-moshed

telegram-moshed

“Penggabungan dan pengambilalihan serta aliran dana masuk ke Australia boleh menjadi faktor sokongan untuk Aussie, dengan pelbagai perjanjian diberitakan sejak akhir-akhir ini.” tambah beliau lagi.  Sementara itu, angka baru menunjukkan pertumbuhan perbelanjaan masih pada tahap yang kukuh menjelang Krismas.  Pada bulan Oktober, perbelanjaan meningkat 0.5%, lebih perlahan daripada kenaikan 3.3% pada bulan September, menurut penunjuk jualan perniagaan pelarasan bermusim dari Bank Komanwel. Tetapi kadar pertumbuhan jualan tahunan sebanyak 7.4% masih di atas trend jangka panjang.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register