Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 25 Mei 2016

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 25 Mei 2016

Aussie Dollar terus merudum lebih 80 pips Selasa semalam, untuk ke paras terendah harian sekitar $0.7145 sebelum melonjak naik untuk menutup lebih tinggi, sekitar paras $0.7180; setelah Dollar AS terus mendaki. Pada masa yang sama, “kelemahan yang berterusan dalam harga bijih besi telah menyebabkan Dollar Australia terus berada di bawah tekanan tetapi paras $0.72 masih memegang dengan baik,” menurut Pengarah Urusan BK Asset Management FX Strategis Kathy Lien. Harga bijih besi telah jatuh 6.7% semalaman untuk ke paras terendah dalam masa tiga bulan.

Di pasaran Australia, menurut ahli strategi Westpac, Imre Speizer, “kebanyakan aset kini berada dalam dagangan ‘sideway’ dengan hanya sedikit perubahan bersih, setelah hanya sedikit laporan ekonomi yang baru untuk memandu pasaran. Kadar feds dan Dollar AS semakin stabil, dengan pasaran komoditi menyaksikan perubahan bercampur-campur yang kecil, tetapi pasaran ekuiti kini nampak mantap.” Encik Speizer menjangka Aussie untuk mengekalkan momentum menurun, dengan sasaran 71.75 sen AS.

“Dalam beberapa bulan, kami menjangka Dollar AS untuk akhirnya mencapai momentum maksima dan membantu mengheret Dollar Australia ke paras yang lebih rendah. Selain itu, jangkaan pelonggaran tambahan dari Reserve Bank of Australia akan menjadi negatif untuk Aussie.” tambah beliau lagi.

telegram-moshed

Dalam pada itu, trader di pasaran hadapan meletakkan peluang 32% kepada Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) untuk menaikkan kadar dana persekutuan apabila ia bermesyuarat bulan depan, setelah hanya memfaktorkan kemungkinan 5% peluang pada dua minggu lalu. Ucapan baru-baru ini oleh beberapa presiden Feds telah menyokong sentimen tersebut, dengan Presiden Feds cawangan St Louis, James Bullard dan Feds cawangan San Francisco, John Williams yang terbaru dalam menyokong kenaikan kadar AS.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register