728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Analisa Fundamental

AUDUSD Analisa Fundamental Harian 26 Jan 2016

moshedfx-forex-malaysia-audusd-008

Aussie Dollar yang memacu naik lebih 45 pips pada awal sesi Asia Isnin semalam, untuk mencapai paras tertinggi harian sekitar $0.7030, kembali merudum sepanjang sesi Eropah dan New York untuk menutup sekitar paras $0.6955; setelah pasaran bersedia dalam minggu yang penuh dengan data Aussie dan mesyuarat bank pusat global yang boleh menyebabkan turun naik dalam matawang komoditi. Pasaran Australia ditutup hari ini sempena cuti umum Hari Australia. Minggu ini Australia bakal melaporkan data inflasi suku keempat 2015, harga import dan eksport, serta maklumat kredit sektor swasta.

Aussie mendapat manfaat daripada pasaran ekuiti yang lebih kukuh dan sentimen risiko bertambah baik selepas minyak mengalami kenaikan dua hari terbesar sejak 2009 dan menutup dagangan minggu lepas lebih daripada paras $32 setong. Walaupun sentimen ke arah Aussie masih negatif , matawang komoditi itu mungkin meningkat lagi dalam jangka masa pendek jika harga emas meningkat. Kemungkinan pelonggaran kuantitatif lanjut daripada Bank Pusat China dan Eropah turut membantu sentimen risiko keseluruhan.

Semalam National Australia Bank (NAB) melaporkan tentang keadaan perniagaan yang terbaru dengan keyakinan perniagaan yang turun dari 5 mata kepada 3 mata.  Aussie didagangkan dalam suasana bercampur-campur dengan pasaran yang masih melaras kedudukan mereka pasca kejatuhan nilai Yuan dan pasaran saham global.  Hari ini Amerika Syarikat bakal melaporkan keyakinan pengguna yang dijangka menaik dari 96.5 mata kepada 96.6 mata dan tiada sebarang laporan dari Australia.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register